1. Sejarah Perakaunan
- Pra Abad ke 15 - Catatan urusniaga zaman Mesir, Babylon, Yunani dan Rom tahun 5000 SM. Dibuat pada batu, tanah liat dan daun.
- Abad ke 15 - Bapa Perkaunan,“Luca Pacioli” di Venice(Itali) menerbitkan buku matematik yang sebahagiannya mengandungi catatan bergu dalam merekod simpan kira.
- Abad ke 17 – 18 - Berlaku Revolusi Industri di Eropah. Perakaunan turut berkembang
bagi menyediakan penyata kewangan dan laporan pelaburan. - Abad ke 19 - Perakaunan Kos diperkenalkan bagi menganalisa kos-kos.
Tertubuh syarikat-syarikat besar. Undang-undang digubal bagi mengawal perjalanan perniagaan. Wujud pula perakaunan kewangan untuk maklumat pemilik saham. - Abad ke 20 - Wujud perkaunan pengurusan bagi menilai pengurusan perniagaan. Apabila ada isu sosial dan persekitaran maka wujud pula perakaunan sosial dan persekitaran. Badan-badan Profesional Perakunan ditubuhkan. Pada 1973 Piawaian Perakaunan Antarabangsa(International Accounting Standards / IAS) ditubuhkan
2. Perakaunan di Malaysia
- Pada tahun 1977 Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia(Malaysian Accounting Standard Board (MASB) ditubuhkan bagi menyediakan dan menerbitkan piawaian laporan perakanan dan kewangan di Malaysia.
- Pada tahun 1967 Malaysian Institute of Accountants (MIA) ditubuhkan untuk mengawal taraf profesional akauntan dengan mengadakan peperiksaan. Ia merupakan ahli badan profesional tempatan dan antarabangsa Setiap individu yang mengamalkan profesion sebagai akauntan dan juruaudit di Malaysia perlu mendaftar dengan MIA.
3. Simpan Kira dan Perakaunan
Simpan Kira
- Proses merekod urusniaga (belanja, hasil, aset dan laibiliti)
- Merekod, mengelas dan meringkas urusniaga dalam mata wang
- Untuk akauntan memproses perakaunan untuk menentukan kedudukan kewangan
- Tujuan:
• Bukti urusniaga berlaku
• Merekod, mengkelas, meringkas
• Maklumat aset, liabiliti dan ekuit
• Maklumat hasil dan belanja
• Membuat keputusan dan perancangan
Perakaunan
- Proses menyediakan maklumat kewangan (lebih luas dari simpan kira)
- Merekod, mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
- Untuk pihak pengurusan dan pemilik saham membuat keputusan
- Tujuan:
• Sama tujuan Simpan Kira
• Meringkaskan maklumat perakaunan dan laporkan
• Menganalisa dan mentaksif
No comments:
Post a Comment